SELAMAT DATANG.


Ingin ikut menulis diblog ini, sertakan alamat email Anda.
Artikel Anda akan diupload di blog ini.
Terima Kasih telah berkunjung.

(Dari Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah saw bersabda, "Orang yang menyantuni janda dan orang miskin adalah bagaikan orang yang berjihad fi sabilillah bahkan seperti orang yang tidak pernah berhenti puasa dan bagun shalat malam."
(Bukhari - Muslim)
"


Senin, 07 Maret 2016

Syaikh Ahmad Fahmi Zamzam (Abu ‘Ali al-Banjari an-Nadwi al-Maliki) Hafizahullahu Taala

🌺 Latar Belakang Ringkas 🌺

Shaykh Ahmad Fahmi Zamzam
(Abu ‘Ali al-Banjari an-Nadwi al-Maliki) Hafizahullahu Taala

Ahmad Fahmi bin Zamzam atau nama pena-nya Abu ‘Ali al-Banjari an-Nadwi al-Maliki dilahirkan di Amuntai dari suku Banjar di Banjarmasin, Kalimantan Selatan (Borneo), Indonesia pada 9 Jun 1959M. Pada mulanya beliau menuntut ilmu di daerah Amuntai, kemudian melanjutkan pelajarannya ke Madrasah Darus-Salam Martapura sampai ke tingkatan ‘Aliyah (tertinggi). Kemudian beliau melanjutkan pelajaran di Yayasan Pesantren Islam, Bangil, Jawa Timur sebelum berangkat ke Uttar Pradesh, India pada tahun 1980M dan berguru kepada Samahatus-Shaykh Abul Hasan Ali al-Hasani an-Nadwi rah. (wafat 1420H/1999M) sehingga awal tahun 1984M. Pada pertengahan tahun 1984, beliau mula berkhidmat di Maahad Tarbiyah Islamiyah, Derang, Pokok Sena, Kedah Darul Aman sehingga hari ini.

Pada tahun 1408H/1988M, beliau sempat berguru dengan Shaykh Muhammad Yasin al-Fadani rah. (wafat 1410H/1990M) di Makkah al-Mukarramah dan mendapatkan “Ijazah Ammah”. Beliau dianugerahkan gelaran al-Maliki daripada guru beliau yang sangat mengasihi dan dikasihi beliau, iaitu Al Habib Sayyid Dr. Muhammad bin ‘Alawi al-Maliki rah. (wafat 1425H/2004M), seorang ulama’ besar dari Makkah al-Mukarramah pada bulan Syawwal 1423H/2002M.

Pada tahun 2001M, beliau telah mendirikan sebuah pondok pesantren di Muara Teweh, Kalimantan Tengah, Indonesia yang seterusnya diikuti dengan sebuah pondok pesantren di Banjarbaru, Kalimantan Selatan, Indonesia pada tahun 2003M. Sehingga kini beliau telah menghasilkan lebih daripada 15 buah buku, baik karangan beliau sendiri, terjemahan, ataupun tahqiq kitab-kitab karangan ulama’ silam Nusantara seperti kitab karangan Shaykh Abdus Samad al-Falimbani (KItab Sairus Salikin – 4 Jilid) dan Hidayatus Salikin. Manakala kitab-kitab yang telah beliau terjemahkan termasuklah kitab Bidayatul Hidayah dan Ayyuhal Walad karangan Hujjatul Islam Imam al-Ghazali rah., Bustanul Arifin karangan Imam an-Nawawi rah. dan Lamiyah Ibnu Wardi karangan Imam Zainuddin Ibnul Wardi al-Kindi rah. Di antara buku-buku karya beliau ialah:

1. Empat Puluh Hadits Peristiwa Akhir Zaman;
2. Empat Puluh Hadits Penawar Hati;
3. Empat Puluh Hadits Kelebihan Ilmu dan Ulama;
4. Empat Puluh Hadits Akhlak Mulia;
5. Terjemahan Bidayatul Hidayah;
6. Terjemahan Ayyuhal Walad (Al-Ghazali);
7. Terjemahan Lamiyah Ibnu Wardi;
8. Terjemahan Bustanul Arifin;
9. Terjemahan Qasidah Burdah Imam al-Busiri;
10. Kiamat Hampir Tiba;
11. Riwayat Hidup Sayyid Abul Hasan Ali al-Hasani an-Nadwi;
12. Riwayat Hidup Sayyid Muhammad bin ‘Alawi al-Maliki al-Hasani;
13. Tahqiq Sairus Salikin;
14. Tahqiq Hidayatus Salikin
15. Bekal Akhirat, dan masih banyak lagi yang lainnya.

Wallahualam

via: Biografi Ulama' Ahli Sunnah Wal Jamaah Asyairah Maturidiyah

PLEASE SHARE..
INSYAALLAH

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...